Tuesday, 21 February 2012
Monday, 20 February 2012
Kenali alam...Kenali pencipta-Nya
Sesuatu benda tidak akan terjadi dengan sendirinya,apakah lagi alam yang terbentang luas ini.Pernahkah kita berfikir bagaimana alam ini terbentuk.Bagaimankah bintang,bulan dan matahari terbentuk.Siapakah penciptanya???.Kebanyakkan orang kafir menyangkal bahawa alam ini terjadi dengan adanya pencipta.Mereka berpendapat bahawa alam ini terjadi kerana sains.Adakah mereka mengerti apakah yang dimaksudkan dengan sains?
Mereka kemukakan pendapat daripada permerhatian Edwin Hubble iaitu Teori Big Bang.Teori Big Bang menyatakan bahawa asal kewujudan dunia ini berasal dari satu titik dan terjadi letupan yang mana dari saat itu alam semesta berkembang sehingga menjadi galaksi,matahari,bulan dan planet-planet.Tetapi teori big bang ini telah disampaikan kepada umat manusia pada 1400 tahun yang lalu oleh Rasulullah S.A.W
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Surah Al-Anbiya 21:30
#sebaiknya kita gunakan alam sebagai jalan untuk mengenali pencipta-Nya.....
ALLAH dulu...bru si dia
"Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik
Islam sentiasa mengiktiraf cinta...Dalam al-Quran,Allah berfirman surah At Taubah ayat 24
Islam sentiasa mengiktiraf cinta...Dalam al-Quran,Allah berfirman surah At Taubah ayat 24
bermaksud:Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
Kesimpulannya,kita dapat gambarkan terdapat tiga peringkat cinta dalam Islam.Pertamanya,Cinta Agung:cintakan Allah,Rasulullah dan berjihad di jalanNya.Kedua,Cinta Pertengahan:cinta pada ibu bapa,anak-anak,suami isteri,saudara mara dan kaum kerabat.Akhirnya,Cinta Rendah;cintakan kaum kerabat dan harta benda melebihi cinta pada Allah,Rasulullah serta cintakan jihad di jalan-Nya
#sama-samalh kita fikirkan,dimanakah terletaknya cinta kita???
Subscribe to:
Comments (Atom)




