Wednesday, 16 November 2011

Ibarat Lebah org mukmin...Lalat ibarat orang munafik

Assalamualaikum.... 
Perbandingan lebat dan lalat seperti orang mukmin dan orang munafik. Kebanyakan sifat yang ada pada lebah ada pada diri orang mukmin. Manakala sifat yang ada pada lalat ada pada diri orang munafik. Apabila kita melihat kepada lebah dan lalat, subhanallah tiada perbezaan  antara kedua. Kedua-duanya mempunyai rupa yang hampir sama, boleh terbang, dan berada di taman dan ladang yang sama. Tetapi,perbezaannya pada sifat sebagai contoh manusia ada yang mukmin dan ada yang munafik walaupun berada di tempat yang sama.
Sifat lebah menyerupai sifat orang mukmin manakala sifat lalat menyerupai sifat munafik. Mari kita perhatikan;


1.Lebah dan lalat apabila kedua-duanya memasuki taman ke mana tempat yang mereka tuju? Lebah pastinya akan mendapatkan bunga-bungaan tetapi lalat akan hinggap di tempat yang kotor.

2.Makanan lebah daripada madu-madu bunga manakala lalat pula daripada najis dan kotoran.

3.Lebah menyukai  amal jamai’ atau kerja berkumpulan manakala lalat suka membuat kerja seorang diri.

4.Lebah mempunyai wala kepada ketuanya tetapi lalat tidak mempunyai ketua untuk diikut kerana mereka hidup secara individu. Orang mukmin mempunyai wala kepada Allah, Rasul, dan orang-orang soleh manakala orang munafik hidup sendiri tanpa ketaatan kepada sesiapa.

5.Lebah antara sifatnya menghasilkan madu manakala lalat menghasilkan kotoran. Orang mukmin apabila menghadiri majlis ilmu mereka akan menyampaikan kepada orang lain ilmu yang dipelajari tetapi munafik apabila mendengar suatu perkara buruk, mereka akan ‘jaja’ perkara itu kepada orang lain.

6.Lebah menghasilkan ubat dan kesembuhan manakala lalat hanya memindahkan penyakit . Orang mukmin apabila berada di suatu majlis dan mendengar perkara kebaikan, mereka akan sampaikan kebaikan itu kepada orang lain. Tetapi, orang munafik  hanya menimbulkan permusuhan antara manusia.
Demikianlah perbandingan yang boleh dibuat antara orang mukmin dan orang munafik. Wallahu alam….

Pergolakan Di Jazirah Arab

assalamualaikum..mari kita mulai dengan berdoa bagi saudara saudari kita yang berada di Mesir,Tunisia dan negara-negara di Jazirah Arab yang telah mangsa pergolakan politik atau pemerintahan.Mereka yang akhirnya menjawab atas penindasan,kesengsaraan peperangan terhadap islam yang tak pernah usal.Kini mereka telah bangkit melawan para penindas.Pergolakan ini seakan tampil sebagai sesuatu hal yang positif bagi kaum Arab.Tapi kenyataanya yang terjadi adalah Israel-lah yang tersenyum kerana keadaan yang muncul pada saat ini akan memfasilitasi Israel untuk mengejar agenda utama mereka iaitu 'ingin menguasai dunia'.Israel harus meguasai dunia untuk memungkinkan seseorang muncul disana iaitu Al-Masihud Dajjal(Dajjal yang mengaku sebagai Al-Masih).Tapi kita semua mengetahui bahawa Al-Masih yang asli adalah putra dari Mayyam iaitu Nabi Isa AS.Dalam hal apakah pergolakan di Jazirah Arab akan menguntungkan pihak Israel??.Tapi salah satu syarat agar Israel dapat menjadi penguasa dunia adalah;Israel harus dapat menguasai Jazirah Arab  kerana terletak negaranya yang dikelilingi oleh kaum Arab.Penghancuran kaum Arab ini merupakan sebagian dan sekaligus teka-teki dari sebuah drama yang berakhir dengan Israel menjadi penguasa dunia.Israel perlu mengembangkan teritorinya secara dramatis kerana seseorang telah mengubah Taurat dan menyatakan bahawa tanah suci mereka itu terbentang dari Sunagi Nil di Mesir dengan Sungai Efrat di Irak.Meski hal ini merupakan kebohongan besar,tapi hal itu terkandung dalam Taurat.Maka dalam hal ini bererti mereka harus menyerang Mesir untuk mengembangkan daerahnya sampai Sungai Nil.Bagaimana mereka dapat menyerang Mesir,sementara seluruh dunia akan menganggap mereka sebagai pihak agresor dan penindas?Bukan sebuah pilihan yang baik tentunya.Maka mereka harus menyerang Mesir dengan alasan yang terlihat untuk memerangi sebuah negara teroris.Israel membuat alasan yang selurah dunia melihat bahawa mereka sedang memerangi terorisme,dan dalam hal ini Mesir sudah menjadi sebuah negara teroris.Maka dalam hal ini.israel akan berdalih dengan alasan untuk mempertahankan diri.Sehingga sekarang kita dapat mengerti mengapa tentera Mesir terlihat mencurigakan dengan bersikap jinak pada saat pergolakan terjadi di sana kerana ini merupakan sebahagian dari sebuah rencana besar.Dan selanjutnya,akan terjadi disana sebuah pemilihan umum yang bebas dan jujur.Serta parti islam akan menang pemilihan umum,lalu parti islam akan membangunkn sebuah pemerintahan yang islami.Inilah yang akan membuat Israel tersenyum semakin lebar disebabkan pemerintahan Islam ini akan menyokong para muslim di Gaza,baik secara politik ataupun materil.Dan Israel menyatakan Mesir adalah negara penyokong teroris kerana Hamas telah dicap sebagai organisasi teroris oleh Israel.Lalu menjadikan alasan tersebut untuk melancarkan berperang terhadap Mesir.Ketika Israel menyerang Mesir,maka teritorinya akan turut berkembang dan bertahan.Ini juga bererti Israel akan menguasi Terusan Suez,kemudian Israel akan mengembangkan teritorinya ke arah Sungai Efrat,ini bererti menguasai daerah Iraq secara keseluruhan dan juga Yordania.Maka sekarang kita semakin dapat mengerti bahawa pergolakan yang terjadi di Jazirah Arab saat ini merupakan sebahagian dari sebuah rencana besar yang terdapat dari Taurat.